Thursday 12 May 2011

Inter Milan melangkah ke akhir Coppa Italia

Inter Milan berjaya ke akhir Coppa Italia buat kali ke-6 dalam masa 7 musim.Samuel Eto'o menjaringkan gol pada minit 57. Manakala AS Roma berjaya mengikat kedudukan pada minit 86 menerusi Marco Borriello. AS Roma cuba mendapatkan gol kedua, tapi nasib tidak memihak mereka. Keputusan 1-1 tidak berubah sehingga wisel penamat.
Pada perlawanan pertama di San Siro,Inter Milan memenangi perlawanan dengan 1-0. Dengan keputusan itu,Inter Milan layak dengan kemenangan 2-1 secara keseluruhan.
Pada perlawanan akhir nanti, Inter Milan bakal bertemu Palermo yang menyingkirkan AC Milan semalam

No comments:

Post a Comment