Thursday 19 May 2011

AC Milan bakal berlaku perubahan

Pasukan belang hitam dan merah ini bakal membuat perubahan drastik. Dengan ramai pemain-pemain yang sudah berumur dalam skuad dan antaranya sudah hendak habis kontrak. Mungkin Milan bakal menjual mereka dan membeli pemain yang lebih muda.
    Antara nama yang bakal berhijrah adalah Andrea Pirlo. Dengan khabar ini, ramai peminat-peminat AC Milan sedih kerana Pirlo adalah perancang tengah yang berkaliber. Antara pemain yang sedih dengan khabar yang Pirlo bakal pergi dari Milan ialah Filipo Inzaghi. Superpippo baru sahaja menandatangani 1tahun kontrak bersama Milan. Beliau sungguh sedih. Kerana Pirlo seorang yang low-profile.


   Selain itu, ramai pemain yang berumur yang bakal berpindah. Antaranya Clarence Seedorf, Marek Jankulovski dan ada lagi nama yang besar. Alesandro Nesta baru sahaja menandatangani 1tahun kontrak lanjutan. Dan bakal memberi tunjuk ajar kepada Phillipe Mexes yang baru menyertai Milan. Apa-apa pun yang terjadi, AC Milan adalah satu kuasa besar bolasepak eropah yang perlu di perhati musim depan.  

No comments:

Post a Comment