Tuesday 7 June 2011

Copa America 2011


Pasukan dari Amerika Latin tidak sabar untuk menghadapi Piala kebanggaan mereka. Dengan kejohanan yang tinggal kurang dari 1bulan lagi, persiapan bagi menghadapi pertandingan giat dilakukan. Pertandingan yang bakal berlangsung di negara Argentina pada 1July hingga 24July ini...

Sebanyak 12 pasukan akan menyertai pertandingan edisi ke-43. Dengan Argentina turun sebagai tuan rumah, manakala pencabar utama iaitu Brazil turun selaku penyandang juara. Selain itu, 2 negara jemputan di jemput iaitu Mexico dan Jepun. Tapi Jepun terpaksa menarik diri dan digantikan dengan Costa Rica.


Format Copa America ini berbeza sedikit. hanya 3 kumpulan sahaja. iaitu kumpulan A terdiri daripada Argentina,Colombia,Costa Rica dan Bolivia. Kumpulan B pula diketuai Brazil,Paraguay,Ecuador dan Venezuala. Dan akhir sekali kumpulan C, Uruguay,Mexico,Peru dan Chile.





Sorry

Sorry sebab lama x post...saya akan cube post bende2 baru..Copa America 2011...harap kalian dpt bersabar...

Thursday 19 May 2011

AC Milan bakal berlaku perubahan

Pasukan belang hitam dan merah ini bakal membuat perubahan drastik. Dengan ramai pemain-pemain yang sudah berumur dalam skuad dan antaranya sudah hendak habis kontrak. Mungkin Milan bakal menjual mereka dan membeli pemain yang lebih muda.
    Antara nama yang bakal berhijrah adalah Andrea Pirlo. Dengan khabar ini, ramai peminat-peminat AC Milan sedih kerana Pirlo adalah perancang tengah yang berkaliber. Antara pemain yang sedih dengan khabar yang Pirlo bakal pergi dari Milan ialah Filipo Inzaghi. Superpippo baru sahaja menandatangani 1tahun kontrak bersama Milan. Beliau sungguh sedih. Kerana Pirlo seorang yang low-profile.


   Selain itu, ramai pemain yang berumur yang bakal berpindah. Antaranya Clarence Seedorf, Marek Jankulovski dan ada lagi nama yang besar. Alesandro Nesta baru sahaja menandatangani 1tahun kontrak lanjutan. Dan bakal memberi tunjuk ajar kepada Phillipe Mexes yang baru menyertai Milan. Apa-apa pun yang terjadi, AC Milan adalah satu kuasa besar bolasepak eropah yang perlu di perhati musim depan.  

Wednesday 18 May 2011

Mengenali pemain 100 FIFA yang PELE kata "greatest living footballers"

Mari mengenali mereka....pada kali ini. untuk permulaan akan memperkenalkan 2 pemain dahulu. Iaitu Gabriel Batistuta dan Hernan Crespo


Gabriel Batistuta


Nama penuh beliau adalah Gabriel Omar Batistuta yang dilahirkan pada 1hn Februari 1969 di Reconquista,Argentina. Beliau di gelar Batigol. Beliau mula terkenal semasa beliau mewakili Fiorentina di Serie A. Untuk pasukan kebangsaan pula, rekod gol dia sangat memberangsangkan dengan mencatat 56 gol untuk 78 penampilan.
  Pada 1993, Fiorentina jatuh ke Serie B. Batistuta tidak berpindah ke kelab lai. Tapi beliau membantu kelab dari Florence naik ke Serie A semula. Beliau tidak mendapat kejuaraan Serie A semasa di Fiorentina.Selepas itu beliau berpindah ke AS Roma dan dapat menjulang piala Scudetto. 
  Beliau mengakhirkan karier dengan kelab Al-Arabi di Qatar. Lupa nak bagitau. Beliau memulakan karier dengan kelab Newell Old Boy dan River Plate. heheheh.... Apa-apa pun, Batigol memang terbaik!!!!!!







Thursday 12 May 2011

Inter Milan melangkah ke akhir Coppa Italia

Inter Milan berjaya ke akhir Coppa Italia buat kali ke-6 dalam masa 7 musim.Samuel Eto'o menjaringkan gol pada minit 57. Manakala AS Roma berjaya mengikat kedudukan pada minit 86 menerusi Marco Borriello. AS Roma cuba mendapatkan gol kedua, tapi nasib tidak memihak mereka. Keputusan 1-1 tidak berubah sehingga wisel penamat.
Pada perlawanan pertama di San Siro,Inter Milan memenangi perlawanan dengan 1-0. Dengan keputusan itu,Inter Milan layak dengan kemenangan 2-1 secara keseluruhan.
Pada perlawanan akhir nanti, Inter Milan bakal bertemu Palermo yang menyingkirkan AC Milan semalam

Seri sudah cukup

Barcelona telah mengekalkan kejuaraan La Liga buat 3kali berturut-turut dan memenanginya sebanyak 21 kali. Keputusan seri sudah memadai bagi skuad Catalan untuk meraikan kejayaan. Pada perlawanan dengan Levante, Barcerlona seri 1-1 di Estadio Ciudad de Valencia.
Skuad pelawat menjaringkan gol terlebih dahulu melalui Seydou Keita pada minit 27 hasil lorongan dari Xavi.
Barcelona merehatkan beberapa tonggak seperti Iniesta dan Pedro.
Levante banyak melakukan serangan tetapi kurang berhsil. Bekas pemain Manchester City, Felipe Caicedo mudah menjaringkan hasil kesilapan pemain pertahanan Gerard Pique dengan penjaga gol, Victor Valdes. Dengan keputusan seri ini, Barcelona boleh menumpukan pada perlawanan akhir Liga Juara-juara yang akan berlangsung di Stadium Wembley.

Wednesday 11 May 2011

Cristiano Ronaldo meledak 3 gol

Pemain antarabangsa Portugal, Cristiano Ronaldo menjaringkan 3 gol bagi membantu Real Madrid mengalahkan pasukan yang bergelut di zon penyingkiran,Getafe 4-0. Satu lagi gol disumbangkan oleh penyerang Perancis Karim Benzema. Dengan kemenangan 4-0 ini, Real Madrid berharap pasukan Barcelona tewas pada perlawanan akan datang bagi menghidupkan peluang yang agak tipis untuk bergelar juara. Barcelona hanya memerlukan 1 mata bagi dinobat selaku pasukan juara La Liga.