Tuesday 7 June 2011

Copa America 2011


Pasukan dari Amerika Latin tidak sabar untuk menghadapi Piala kebanggaan mereka. Dengan kejohanan yang tinggal kurang dari 1bulan lagi, persiapan bagi menghadapi pertandingan giat dilakukan. Pertandingan yang bakal berlangsung di negara Argentina pada 1July hingga 24July ini...

Sebanyak 12 pasukan akan menyertai pertandingan edisi ke-43. Dengan Argentina turun sebagai tuan rumah, manakala pencabar utama iaitu Brazil turun selaku penyandang juara. Selain itu, 2 negara jemputan di jemput iaitu Mexico dan Jepun. Tapi Jepun terpaksa menarik diri dan digantikan dengan Costa Rica.


Format Copa America ini berbeza sedikit. hanya 3 kumpulan sahaja. iaitu kumpulan A terdiri daripada Argentina,Colombia,Costa Rica dan Bolivia. Kumpulan B pula diketuai Brazil,Paraguay,Ecuador dan Venezuala. Dan akhir sekali kumpulan C, Uruguay,Mexico,Peru dan Chile.





Sorry

Sorry sebab lama x post...saya akan cube post bende2 baru..Copa America 2011...harap kalian dpt bersabar...

Thursday 19 May 2011

AC Milan bakal berlaku perubahan

Pasukan belang hitam dan merah ini bakal membuat perubahan drastik. Dengan ramai pemain-pemain yang sudah berumur dalam skuad dan antaranya sudah hendak habis kontrak. Mungkin Milan bakal menjual mereka dan membeli pemain yang lebih muda.
    Antara nama yang bakal berhijrah adalah Andrea Pirlo. Dengan khabar ini, ramai peminat-peminat AC Milan sedih kerana Pirlo adalah perancang tengah yang berkaliber. Antara pemain yang sedih dengan khabar yang Pirlo bakal pergi dari Milan ialah Filipo Inzaghi. Superpippo baru sahaja menandatangani 1tahun kontrak bersama Milan. Beliau sungguh sedih. Kerana Pirlo seorang yang low-profile.


   Selain itu, ramai pemain yang berumur yang bakal berpindah. Antaranya Clarence Seedorf, Marek Jankulovski dan ada lagi nama yang besar. Alesandro Nesta baru sahaja menandatangani 1tahun kontrak lanjutan. Dan bakal memberi tunjuk ajar kepada Phillipe Mexes yang baru menyertai Milan. Apa-apa pun yang terjadi, AC Milan adalah satu kuasa besar bolasepak eropah yang perlu di perhati musim depan.  

Wednesday 18 May 2011

Mengenali pemain 100 FIFA yang PELE kata "greatest living footballers"

Mari mengenali mereka....pada kali ini. untuk permulaan akan memperkenalkan 2 pemain dahulu. Iaitu Gabriel Batistuta dan Hernan Crespo


Gabriel Batistuta


Nama penuh beliau adalah Gabriel Omar Batistuta yang dilahirkan pada 1hn Februari 1969 di Reconquista,Argentina. Beliau di gelar Batigol. Beliau mula terkenal semasa beliau mewakili Fiorentina di Serie A. Untuk pasukan kebangsaan pula, rekod gol dia sangat memberangsangkan dengan mencatat 56 gol untuk 78 penampilan.
  Pada 1993, Fiorentina jatuh ke Serie B. Batistuta tidak berpindah ke kelab lai. Tapi beliau membantu kelab dari Florence naik ke Serie A semula. Beliau tidak mendapat kejuaraan Serie A semasa di Fiorentina.Selepas itu beliau berpindah ke AS Roma dan dapat menjulang piala Scudetto. 
  Beliau mengakhirkan karier dengan kelab Al-Arabi di Qatar. Lupa nak bagitau. Beliau memulakan karier dengan kelab Newell Old Boy dan River Plate. heheheh.... Apa-apa pun, Batigol memang terbaik!!!!!!







Thursday 12 May 2011

Inter Milan melangkah ke akhir Coppa Italia

Inter Milan berjaya ke akhir Coppa Italia buat kali ke-6 dalam masa 7 musim.Samuel Eto'o menjaringkan gol pada minit 57. Manakala AS Roma berjaya mengikat kedudukan pada minit 86 menerusi Marco Borriello. AS Roma cuba mendapatkan gol kedua, tapi nasib tidak memihak mereka. Keputusan 1-1 tidak berubah sehingga wisel penamat.
Pada perlawanan pertama di San Siro,Inter Milan memenangi perlawanan dengan 1-0. Dengan keputusan itu,Inter Milan layak dengan kemenangan 2-1 secara keseluruhan.
Pada perlawanan akhir nanti, Inter Milan bakal bertemu Palermo yang menyingkirkan AC Milan semalam

Seri sudah cukup

Barcelona telah mengekalkan kejuaraan La Liga buat 3kali berturut-turut dan memenanginya sebanyak 21 kali. Keputusan seri sudah memadai bagi skuad Catalan untuk meraikan kejayaan. Pada perlawanan dengan Levante, Barcerlona seri 1-1 di Estadio Ciudad de Valencia.
Skuad pelawat menjaringkan gol terlebih dahulu melalui Seydou Keita pada minit 27 hasil lorongan dari Xavi.
Barcelona merehatkan beberapa tonggak seperti Iniesta dan Pedro.
Levante banyak melakukan serangan tetapi kurang berhsil. Bekas pemain Manchester City, Felipe Caicedo mudah menjaringkan hasil kesilapan pemain pertahanan Gerard Pique dengan penjaga gol, Victor Valdes. Dengan keputusan seri ini, Barcelona boleh menumpukan pada perlawanan akhir Liga Juara-juara yang akan berlangsung di Stadium Wembley.

Wednesday 11 May 2011

Cristiano Ronaldo meledak 3 gol

Pemain antarabangsa Portugal, Cristiano Ronaldo menjaringkan 3 gol bagi membantu Real Madrid mengalahkan pasukan yang bergelut di zon penyingkiran,Getafe 4-0. Satu lagi gol disumbangkan oleh penyerang Perancis Karim Benzema. Dengan kemenangan 4-0 ini, Real Madrid berharap pasukan Barcelona tewas pada perlawanan akan datang bagi menghidupkan peluang yang agak tipis untuk bergelar juara. Barcelona hanya memerlukan 1 mata bagi dinobat selaku pasukan juara La Liga.

Rossoneri hampa ke akhir Coppa Italia

Hasrat AC Milan untuk memenangi 2 kejuaraan musim ini tidak kesampaian apabila mereka tewas di tangan Palermo di Stadium Barbera. Sebelum ini, perlawanan pertama yang diadakan di San Siro berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.  Pagi tadi, Palermo berjaya mengalahkan AC Milan dengan jaringan Giulio Migliaccio dan Cesare Bovo. Manakala AC Milan mendapat gol saguhati menerusi penyerang sensasi Zlatan Ibrahimovic.


Dalam perlawanan ini juga , 2 orang pemain mendapat kad merah iaitu penjaring gol kedua Palermo,Cesare Bovo serta pemain antarabangsa Belanda Mark Van Bommel.Dengan keputusan 2-1 ini, Palermo layak ke perlawanan akhir pada 29 May ini dan bakal berjumpa antara Inter Milan atau AS Roma.

Tuesday 10 May 2011

AC Milan sahkan pembelian Taye Taiwo dan Philippe Mexes

Walaupun musim perpindahan belum dibuka. Skuad Rossoneri telah pun melakukan urusan perpindahan untuk musim depan. AC Milan telah lama mengintai untuk memiliki Philippe Mexes bagi menguatkan pertahanan tengah dan akan ke San Siro secara perpindahan percuma.

Selain Mexes, pemain antarabangsa Nigeria Taye Taiwo akan ke San Siro secara peraturan BOSMAN.
Dengan kehadiran kedua-dua pertahanan berkelas dunia ini. AC Milan tampak bertenaga untuk memulakan kempen pada musim hadapan.
Pengurusnya Massimiliano Allegri sangat bergembira dengan kehadiran mereka.

Keputusan Liga Super

MAY /9/2011  8:15pm              Sabah lwn Pahang                                        2-0                        
MAY /9/2011  8:45pm              Kuala Lumpur lwn Perlis                             3-0           
MAY /9/2011  8:45pm              Johor FC lwn Terengganu                          2-1   
MAY /9/2011  8:45pm              Kedah lwn Selangor                                    0-2         
MAY /9/2011  8:45pm              Harimau Muda A lwn Perak                        1-1        
MAY /9/2011  8:45pm              T-Team lwn Felda United                           2-0       
MAY /10/2011  8:45pm            Negeri Sembilan lwn Kelantan                 (-)(-)       

Maxi ledak 3gol untuk bantu Liverpool naik ke tangga ke-5

Liverpool telah membuktikan yang mereka telah kembali ke prestasi yang sebenar. Di bawah Kenny Dalglish, skuad Liverpool begitu menunjukkan persembahan yang menyakinkan dan gerakan "pass and move" begitu menarik.
Pagi tadi , Maxi Rodriguez telah membuktikan sakli lagi apabila meledak 3gol bagi membantu liverpool menang 5-2 ke atas Fulham. Liverpool bermula garang sejurus sepak mula dengan gerakan daripada Luis Suarez berjaya memperdayakan penjaga gol yang menepis bola dan singgah di kaki Maxi lalu membuat rembatan untuk gol pertama Liverpool. Gol tersebut juga antara yang terpantas di EPL dengan 0.35saat. Selepas itu, Liverpool mengawal tengah dan sekali lagi membuat gerakan yang cantik . Bermula dari lorongan Lucas Leiva yang melakukan hantaran ke Glen Johnson di sudut kanan dan terus melakukan hantaran silang dan sekali lagi Maxi Rodriguez berada di posisi yang betul dan melepaskan rembatan kaki kanan lalu menerjah jaring Fulham. Selepas gol kedua itu, pemain Fulham seperti hilang tumpuan  dan memberi Dirk Kuyt  peluang untuk melakukan rembatan yang sepatutnya penjaga gol Fulham Mark Schwarzer dapat berjaya menangkap kemas tapi malang apabila bola yang disangka mudah di tangkap terkena lutut beliau lalu masuk ke gawang gol.
Pada babak kedua , Fulham seperti mendapat semangat apabila pemain sensai mereka Bobby zamora di masukkan pada awal babak kedua. Banyak serangan bahaya di lakukan oleh pemain Fulham . Dan mereka mendapat gol semangat apabila pertahanan Liverpool membiarkan penyerang Fulham Dambele masuk ke kotak penalti dan melakukan satu sepakan yang cantik dan melepasi jangkauan Pepe Reina.
Dengan gol semangat itu, Fulham melancarkan serangan bertubi-tubi. Namun Liverpool berjaya mengekang serangan tersebut. Tersentak dengan gol Fulham itu, Liverpool cuba melancarkan serangan dan hasilnya, Maxi Rodriguez berjaya menjaringkan gol dari luar kotak penalti . Gol yang sangat berharga pada diri beliau yang mana beliau berjaya melakukan Hattrick dalam masa 3perlawanan.
Liverpool seperti harimau yang kelaparan , apabila bintang sensasi mereka Luis Suarez menerima satu lorongan yang cantik dari Jonjo Shelvey dan mudah memperdayakan penjaga gol Fulham untuk gol ke-5.
Fulham tidak patah semangat walaupun ketinggalan 1-5. Mereka berjaya menjaringkan gol yang cantik dari luar kotak penalti melalui pemain tengah mereka, Steve Sidwell untuk kedudukan 2-5. Walaupun kalah, pujian harus diberikan kepada Fulham kerana berjaya menjaringkan gol walaupun sudah ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama. MOTM: Maxi Rodriguez!

Monday 9 May 2011

Perlawanan Liga Super

MAY /9/2011  8:15pm              Sabah lwn Pahang                                            Stadium Likas,K.Kinabalu
MAY /9/2011  8:45pm              Kuala Lumpur lwn Perlis                                 Stadium PBKL,Cheras.
MAY /9/2011  8:45pm              Johor FC lwn Terengganu                               Stadium JCorp,Pasir Gudang
MAY /9/2011  8:45pm              Kedah lwn Selangor                                        Stadium Darulaman,Alor Star
MAY /9/2011  8:45pm              Harimau Muda A lwn Perak                          Stadium Shah Alam
MAY /9/2011  8:45pm              T-Team lwn Felda United                              Stadium Sultan Nasiruddin Shah
MAY /10/2011  8:45pm            Negeri Sembilan lwn Kelantan                      Stadium Tuanku Abdul Rahman

Misi ke europa League

Perlawanan yang amat dinantikan peminat-peminat THE KOPS di seluruh dunia. Kebangkitan Liverpool di bawah kendalian lagenda mereka,Kenny Dalglish telah menampakkan ciri-ciri positif sebagai sebuah pasukan yang boleh memberi cabaran pada musim depan.
 Tapi rekod Liverpool ke Craven Cottage sebelum ini amat mengecewakan. Dari 7perlawanan yang lalu, 6 perlawanan di menangi oleh Fulham dan 1 perlawanan seri.
Berbeza bagi Fulham, mereka bakal dapat gunakan key player semula iaitu Clint Dempsey. Dengan kehadiran Dempsey, kemungkinan bahagian serangan Fulham bakal mengancam kubu pertahanan Liverpool .
Perlawanan ini bakal sengit dan pasti tidak menghampakan peminat bola untuk berjaga di awal pagi. Liverpool bakal menggunakan penyerang tinggi lampai mereka Andy Carroll semula. Sekarang Liverpool hanya perlu menang bagi memastikan laluan mereka ke kejohanan eropah menjadi kenyataan.

Pertembungan sengit Eredivisie

Perlawanan terakhir bagi liga Eredivisie.. yang mana bakal menentukan pasukan mana bakal bergelar juara. Ajax Amsterdam dan FC Twente ,kedua-dua kelab ini mempunyai peluang untuk menjadi juara. pertemuan di Amsterdam Arena bakal menentukan siapa berhak bergelar juara. Ajax dgn 70mata..manakala FC Twente dengan 71mata.
Atas kertas nampaknya berkelebihan kepada Ajax kerana akan menjadi tuan rumah . FC twente pula, hanya perlu seri dalam pertemuan ini. Sama-sama kita saksikan pertembungan yang hebat ini.

Ranking Liga EPL,Bundesliga,La Liga,serie A dan Ligue 1.





BARCELONA menang 2-0 ke atas ESPANYOL

Skuad kendalian Pep Guardiola, Barcelona menang 2-0 ke atas musuh setempat Espanyol di Nou Camp.
Andres Iniesta menjadi duri dalam daging bagi Barcelona apabila menjadi pemusnah dan menjaringkan gol pada minit-29.

Gerard Pique menjadikan 2-0 pada minit-48. sekarang barcelona sudah menjarakkan 8 mata daripada musuh seteru Real Madrid untuk menjuarai LA LIGA.

MANCHESTER UNITED semakin hampiri kejuaraan ke-19

Kegembiraan terpancar di wajah pengurus Man United..Sir Alex Ferguson. Mereka hanya perlukan 1 mata untuk mengesahkan kejuaraan musim ini.
Jaringan awal minit pertama oleh pemain sensasi Mexico,Javier Hernandez(CHICHARITO) ..menampakkan Man United berada dim landasan yang betul. Chelsea seperti hilang tujuan dan tidak dapat bermain seperti yang diharapkan. Pemain Serbia Nemanja Vidic menjaringkan gol ke-2 Man United untuk kedudukan 2-0 sehingga habis separuh masa.
Babak kedua, Chelsea memberi tekanan. dan Frank Lampard berjaya mendekatkan jurang gol kepada 2-1.
Sehingga ke minit terakhir, kedudukan tidak berubah. Manchester United hanya perlu 1 mata saja lagi. Manakala Chelsea mengharapkan keajaiban saja untuk merangkul gelaran.

Sunday 8 May 2011

Keputusan Perlawanan Liga-Liga Utama

Premier League
Tottenham Hotspurs   1-1   Blackpool
Newcastle United        2-1   Birmingham City
Aston Villa                   1-1   Wigan Athletic 
Bolton Wanderers      1-2   Sunderland
Everton                        2-1   Manchester City
West Ham United       1-1   Blackburn Rovers 


Italian Serie A
Palermo                      2-1   Bari
AS Roma                    0-0   AC Milan

Spanish La Liga
Athletic Bilbao           3-2   Levente
Getafe                        2-3   Racing Santander
Sporting Gijon           2-2   Deportivo La Coruna
Valencia                     3-0   Real Sociedad
Atletico Madrid          0-3   Malaga
Sevilla                        2-6   Real Madrid



Germany Bundesliga
Bayer Leverkusen     1-1   Hamburger SV
Eintracht Frankfurt     0-2  1. FC Cologne
Monchengladbach     2-0   Freiburg
Nurnberg                     1-2   Hoffenheim
Schalke 04                 1-3   Mainz
St. Pauli                      1-8   Bayern Munich
Stuttgart                      2-1   Hannover
Werder Bremen         2-0   Borussia Dortmund
Wolfsburg                   1-2   Kaiserlautern 


French Ligue 1
Arles-Avignon        0-1  Saint-Etienne
Auxerre                  1-0  Montpellier
Bordeaux               0-4  Sochaux
Brest                       0-0  Nice
Caen                      1-1  Lens
Lorient                    0-0 Toulouse
Monaco                  1-1 Paris S.G.
Nancy                     0-1 Lille

AC Milan Juara Serie A

Akhirnya AC Milan berjaya menamatkan penantian selama 7 tahun Scudetto apabila berjaya mengikat tuan rumah AS Roma seri tanpa jaringan di Stadio Olimpico.

AC Milan telah menunjukkan barisan pemain defendernya yang cukup solid dan kekentalan penjaga gol untuk menahan asakan Francesco Totti dan Mirko Vucinic. Manakala Alessandro Nesta, perlawanan ini cukup bermakna bagi beliau kerana ia adalah perlawanan yang ke 400 di Serie A.

Apapun, tahniah buat AC Milan!









Saturday 7 May 2011

Jadual Bola Sepak EPL, La Liga, Bundesliga, French Ligue 1 dan Serie A (7/8 Mei)

9:30pm: St Pauli vs Bayern München (Bundesliga)
9:30pm: Werder Bremen vs Borussia Dortmund (Bundesliga)
9:30pm: Bayer Leverkusen vs Hamburger SV (Bundesliga)
9:30pm: Schalke 04 vs Mainz (Bundesliga)
9:30pm: Nürnberg vs Hoffenheim (Bundesliga)
9:30pm: Eintracht Frankfurt vs FC Köln (Bundesliga)
9:30pm: Borussia M'gladbach vs SC Freiburg (Bundesliga)
9:30pm: VfB Stuttgart vs Hannover 96 (Bundesliga)
9:30pm: VfL Wolfsburg vs Kaiserslautern (Bundesliga)


10:00pm: Aston Villa vs Wigan Athletic (England Premier League)
10:00pm: Everton vs Manchester City (England Premier League)
10:00pm: Newcastle United vs Birmingham City (England Premier League)
10:00pm: West Ham United vs Blackburn Rovers (England Premier League)

12:00am: Athletic Bilbao vs Levante (Spain La Liga)
12:00am: Getafe vs Almería (Spain La Liga)
12:00am: Valencia vs Real Sociedad (Spain La Liga)
12:00am: Sporting Gijón vs Deportivo La Coruña (Spain La Liga)
12:00am: Hercules vs Racing Santander (Spain La Liga)



12:00am: Palermo vs AS Bari (Italy Serie A)

12:30am: Tottenham Hotspur vs Blackpool (England Premier League)

1:00am: Arles vs St Étienne (France Ligue 1)
1:00am: Auxerre vs Montpellier (France Ligue 1)
1:00am: Bordeaux vs Sochaux (France Ligue 1)
1:00am: Brest vs Nice (France Ligue 1)
1:00am: Caen vs Lens (France Ligue 1)
1:00am: Lorient vs Toulouse (France Ligue 1)
1:00am: Monaco vs PSG (France Ligue 1)



2:00am: Atlético Madrid vs Málaga (Spain La Liga)

2:45am: AS Roma vs AC Milan (Italy Serie A)

2:55am: Nancy vs Lille Métropole (France Ligue 1)



4:00am: Sevilla vs Real Madrid (Spain La Liga)

Sembang Bola Global

Sembang-sembang dan berkongsi pendapat tentang dunia bola sepak. Tidak kira liga Malaysia, EPL, La Liga, Serie A, UCL, Europa League ataupun International tournament/Friendlies. 



Untuk maklumat lanjut layari:


Sembang Bola Global di Facebook