Hasrat AC Milan untuk memenangi 2 kejuaraan musim ini tidak kesampaian apabila mereka tewas di tangan Palermo di Stadium Barbera. Sebelum ini, perlawanan pertama yang diadakan di San Siro berkesudahan dengan keputusan seri 2-2. Pagi tadi, Palermo berjaya mengalahkan AC Milan dengan jaringan Giulio Migliaccio dan Cesare Bovo. Manakala AC Milan mendapat gol saguhati menerusi penyerang sensasi Zlatan Ibrahimovic.
Dalam perlawanan ini juga , 2 orang pemain mendapat kad merah iaitu penjaring gol kedua Palermo,Cesare Bovo serta pemain antarabangsa Belanda Mark Van Bommel.Dengan keputusan 2-1 ini, Palermo layak ke perlawanan akhir pada 29 May ini dan bakal berjumpa antara Inter Milan atau AS Roma.




No comments:
Post a Comment