Liverpool telah membuktikan yang mereka telah kembali ke prestasi yang sebenar. Di bawah Kenny Dalglish, skuad Liverpool begitu menunjukkan persembahan yang menyakinkan dan gerakan "
pass and move" begitu menarik.

Pagi tadi , Maxi Rodriguez telah membuktikan sakli lagi apabila meledak 3gol bagi membantu liverpool menang 5-2 ke atas Fulham. Liverpool bermula garang sejurus sepak mula dengan gerakan daripada Luis Suarez berjaya memperdayakan penjaga gol yang menepis bola dan singgah di kaki Maxi lalu membuat rembatan untuk gol pertama Liverpool. Gol tersebut juga antara yang terpantas di EPL dengan 0.35saat. Selepas itu, Liverpool mengawal tengah dan sekali lagi membuat gerakan yang cantik . Bermula dari lorongan Lucas Leiva yang melakukan hantaran ke Glen Johnson di sudut kanan dan terus melakukan hantaran silang dan sekali lagi Maxi Rodriguez berada di posisi yang betul dan melepaskan rembatan kaki kanan lalu menerjah jaring Fulham. Selepas gol kedua itu, pemain Fulham seperti hilang tumpuan dan memberi Dirk Kuyt peluang untuk melakukan rembatan yang sepatutnya penjaga gol Fulham Mark Schwarzer dapat berjaya menangkap kemas tapi malang apabila bola yang disangka mudah di tangkap terkena lutut beliau lalu masuk ke gawang gol.

Pada babak kedua , Fulham seperti mendapat semangat apabila pemain sensai mereka Bobby zamora di masukkan pada awal babak kedua. Banyak serangan bahaya di lakukan oleh pemain Fulham . Dan mereka mendapat gol semangat apabila pertahanan Liverpool membiarkan penyerang Fulham Dambele masuk ke kotak penalti dan melakukan satu sepakan yang cantik dan melepasi jangkauan Pepe Reina.
Dengan gol semangat itu, Fulham melancarkan serangan bertubi-tubi. Namun Liverpool berjaya mengekang serangan tersebut. Tersentak dengan gol Fulham itu, Liverpool cuba melancarkan serangan dan hasilnya, Maxi Rodriguez berjaya menjaringkan gol dari luar kotak penalti . Gol yang sangat berharga pada diri beliau yang mana beliau berjaya melakukan Hattrick dalam masa 3perlawanan.
Liverpool seperti harimau yang kelaparan , apabila bintang sensasi mereka Luis Suarez menerima satu lorongan yang cantik dari Jonjo Shelvey dan mudah memperdayakan penjaga gol Fulham untuk gol ke-5.
Fulham tidak patah semangat walaupun ketinggalan 1-5. Mereka berjaya menjaringkan gol yang cantik dari luar kotak penalti melalui pemain tengah mereka, Steve Sidwell untuk kedudukan 2-5. Walaupun kalah, pujian harus diberikan kepada Fulham kerana berjaya menjaringkan gol walaupun sudah ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama. MOTM: Maxi Rodriguez!